....

nuffnang

nuffnang

Selasa, 2 November 2010

Bingka Jagung



 






Bahan-bahan:-
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
1 s/b butter/majerin cair

Cara:-
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.

Ahad, 31 Oktober 2010

Cucur Badak















Bahan2nya:

500gm ubi keledek (direbus dan dilecek halus)
100gm tepung gandum.

Bahan inti:

300gm kelapa parut (kelapa yang agak muda dan parut putih sahaja)
3 biji bawang merah (kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
segenggam udang kering (kisar)
2 sudu besar cili merah yang telah dikisar(nak pedas boleh tambah lagi)
2cm kunyit hidup (kisar)
2 batang serai dititik
garam dan gula secukup rasa

Caranya:

Gaulkan ubi keledek yang telah dilecek bersama tepung gandum, uli hingga sebati, bentukkan bulat dengan saiz mengikut citarasa masing2 dan bubuh inti.Goreng dengan api yang sederhana hingga masak. Angkat dan bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Minum pulak teh o panas…. Emmm memang best.

Inti:

Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang telah dikisar bersam serai bila dah naik bau masukkan cili, masak hingga pecah minyak masukkan kelapa parut, gaul rata, masukkan garam dan gula secukup rasa, masak hingga kelapa kering dan angkat. Sedia untuk digunakan.

Kuih Seri Muka















Bahan Pulut:: 

2.5 cups beras pulut
Santan elok2 tenggelam beras
Garam dan gula secukupnya

Tanak pulut seperti biasa
Bila dah masak, masa panas2 tu masukkan ke dalam loyang dan tekan padat

Bahan SeriKaya: 

2 biji telur saiz besar
Gula secukupnya (ikut citarasa kalau suka manis lebihkan gula)
Santan dan air
4 helai Daun pandan
3 tbs tpg gandum
Pewarna kuning/hijau.

Masukkan semua dlm blender. Banyaknya santan dan air tu ikut cukupkan batter pada paras 2.5 cup (sukatan pada blender). Peringatan! Cawan ikut American standard punya cup.

Lepas tu tapis, dan masukkan ke dalam loyang yg berisi pulut yg sudah di tekan. Tutup loyang dgn aluminum foil. Kukus selama 1 jam
Bila dah masak sejukkan dan bolehlah dipotong dan hidangkan

Kek Kukus 7up


Bahan-bahan

5 biji telur
210 atau 220 gram gula
150 g Tepung Cake
150 g Tepung Gandum
1/2 sudu besar ovalette
180g - 7- up/Sprite/Cream Soda.
2 sudu besar susu pekat

Bahan perwarna

Ikut perisa apa yg disukai. (Strawberry/Coklat/Orange/Pandan) ???

CARANYA
1. Pukul telur dgn gula sampai kembang selepas itu masukkan ovalette dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung diselang selikan dgn air 7 - up tadi.
3. Bahagikan adunan utk dibubuh color.
4. Stim dulu adunan warna asal dalam 5 , 7 minit. Selepas itu mulakan dengan warna pertama kukus lagi dan buatlah utk warna warna yg seterusnya . Lapisan terakhir dikukus selama 10 minit atau lebih

Khamis, 28 Oktober 2010

Puding Roti

puding roti













Bahan-bahan:
1 camca besar magerin
1/2 cawan gula(kalau suka manis lebihkan)
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 camca besar serbuk milo
2 camca besar tepung jagung
6 keping roti dipotong enam
secubit garam

Cara-cara:
1. Gaulkan gula dan magerin sehinggga sebati.
2. Masukkan telur dan pukul sehingga sekata.
3. Masukkan susu, serbuk milo, tepung jagung dan garam. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan roti yang telah dipotong dan kacau.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 45min dengan menggunakan api yang sederhana.

Isnin, 25 Oktober 2010

Kerisi Nenas



Bahan A:
1 ekor ikan kerisi saiz sederhana
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Bahan B:
1 labu bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
1 batang serai - dihiris halus
200 gm nanas - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
2 sudu besar jus limau
2 tangkai cili hidup - buang biji dan potong dadu
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
Sedikit kicap cair
Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air
Cara Menyediakan:
1. Salut ikan dengan telur dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak, goreng ikan sehingga masak, angkat dan tuskan.
3. Sementara itu, panaskan dua sudu besar minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik aroma.
4. Masukkan kesemua bahan lain, setelah mendidih angkat dan curahkan kuah di atas ikan.

Mee Hokkien




Bahan-bahan:
1 kg mi hokkien ataupun mi kuning leper
100 gm udang - buang kulit dan bersihkan
100 gm isi ayam - potong dadu
1 biji lobak merah - hiris halus memanjang
5 keping cendawan kering - rendam dalam air panas hingga kembang dan hiris
5 batang jagung muda - belah empat
2 keping kek ikan - hiris nipis
1 biji cili benggala - potong dadu
1 pokok sawi chap choy - dikerat
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bwang putih - cincang
1/4 labu bawang besar - cincang
2 sudu besar kicap mi
1 sudu besar sos tiram
1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan 1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar. Kacau hingga layu sedikit kemudian masukkan cili kisar dan kacau dari semasa ke semasa hingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ayam dan kacau seketika kemudian masukkan air, udang, kek ikan, lobak merah, jagung, kicap mi, sos tiram dan garam. Kacau dan biarkan mendidih.
3. Masukkan mi, kacau dan masukkan sawi chap choy serta cendawan. Kacau lagi hingga rata.
4. Akhir sekali, masukkan cili benggala dan bancuhan tepung jagung. Kacau dan padamkan api. Hidang panas-panas bersama cili jeruk atau cili kicap.

Mihun Lada Hitam




Bahan-bahan:
1 paket mihun - direndam hingga lembut
3 biji tomato - dipotong dadu
1 batang lobak merah - dihiris halus memanjang
1/4 biji kubis - dihiris halus
300 gm udang - dibuang kulit
200 gm isi ayam - dipotong kecil
3 keping kek ikan - dihiris nipis
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus
5 ulas bawang putih
2 cawan air
1 sudu besar sos sotong
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan lada hitam yang ditumbuk halus. Kacau sehingga naik aromanya.
2. Masukkan tomato dan lobak merah kemudian kacau sehingga rata.
3. Masukkan isi ayam, hirisan kek ikan, udang, air, garam, gula dan serbuk perasa. Masak selama 10 minit sehingga isi ayam empuk.
4. Akhir sekali masukkan kubis, mihun dan sos sotong kemudian kacau hingga rata. Bila mihun lembut, angkat dan hidang panas-panas bersama cili jeruk.

Apam Pisang Coklat Urai



Bahan-bahan:
1 biji pisang berangan
2 biji telur
100 ml minyak
100 gm gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
80 gm tepung gandum (ayak)
1 sudu besar coklat urai
Cara menyediakan:
1. Kisar gula, minyak dan telur. Kemudian masukkan pisang dan kisar halus.
2. Keluarkan adunan dari pengisar, dan tuang ke dalam bekas lain. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat. Kacau sebati dan masukkan pula coklat urai.
3. Tuangkan adunan ke dalam acuan apam dan kukus sehingga masak.

Tepung Kapur

Tepung Kapur













BAHAN-BAHAN:
600 gm tepung gandum
1/2 cawan air kapur sirih
1 cawan air gula melaka
1 biji kelapa parut (putih dan muda)
Secubit garam
Air secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tepung gandum dibancuh dengan air gula melaka, air kapur dan air sehingga cair. Kacau hingga rata, masukkan dalam loyang dan dikukus selama satu jam.
2. Bila sejuk dipotong dan bolehlah digaul dengan kelapa yang digaul dengan secubit garam.

Khamis, 21 Oktober 2010

Cheese Cake

Bahan-bahan
• 250g cream cheese
• 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
• 2 sudu besar jus lemon
• 3 sudu besar tepung gandum
• 2 biji telur
• 90g gula
Cara-cara
1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Kek Batik

 















Bahan-bahan:
1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara membuatnya:
1.Patah2kan biskut
2.Dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
3.Masukkan butter,kacau sampai butter cair
4.Kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
5.Masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
6.Masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Donat

Bahan-bahan ( 20 - 30 biji bergantung pada saiz )

  • 1 biji ubi kentang sederhana besar
  • 5 gm yis kering @ 1/2 paket mauri pan
  • 1/3 cawan @ 73 gm minyak masak
  • 1/3 cawan @ 73 gm air suam
  • 1/4 tin @ 126 gm susu pekat manis
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 500 gm gandum

Cara-cara

  1. Rebus kentang sehingga empuk dan kisar kentang bersama 1 cawan air suam.
  2. Satukan yis, gula, air suam, minyak, susu, garam dan kentang kisar.
  3. Masukkan tepung sedikit dan kacau dengan hujung jari.
  4. Masukkan baki tepung dan uli sehingga menjadi doh. Doh ni memamg lembik sedikit tapi tak pe.
  5. Ambil doh dan bulat-bulatkan ikut saiz kesukaan. Susun doh dalam dulang dan biar naik 2 kali ganda
  6. Panaskan minyak dan buat lubang ditengah-tengah. Goreng hingga masak.

Ayam Madu BBQ

Bahan-bahan ( sekeluarga )
• 12 ketul kepak/peha ayam
• 4 sudu makan madu
• 1 sudu makan ketumbar
• 1 sudu teh jintan manis
• 1 sudu teh jintan putih
• 2 inci halia
• 10 ulas bawang merah
• 5 ulas bawang putih
• 3 sudu makan sos cili
• 3 sudu makan kicap pekat
• 1 sudu makan sos tiram
• 1 sudu makan cili boh (klu nk pedas blh tmbh lg)
• Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Kisar kering ketumbar, jintan manis & putih.
2. Kisar/tumbuk halia, bwg merah & putih.
3. Gaul semua bahan2 tadi ke dalam ayam. Sesuaikan rasa manis & masinnya.
4. Perap semalaman @ sekurang2nya 2 jam supaya semua bahan2 td meresap masuk ke dalam isi ayam.
5. Panggang/bakar seperti biasa.
6. Sedap makan begitu saja @ dengan nasi minyak, nasi putih dsbnya.

Talam Ubi Kayu













Bahan-bahan:
2 ketul ubi kayu (sederhana besar)
1 biji kelapa parut (jadikan 3 cawan santan)
1 cawan gula merah
4 camca besar tepung gandum
½ cawan gula pasir
Sedikit garam

Cara menyediakan:
1.Ubi kayu dibersihkan dan diparut.Setelah itu,perahkan airnya dan gaulkan dengan dua cawan santan.
2.Masukkan gula,gula merah dan sedikit garam dan kacau hingga larut.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukuslah hingga masak.
3.Sementara itu,bancuh tepung gandum dengan baki santan dan sedikit garam.Apabila ubi tadi telah masak,tuang bancuhan santan ke atasnya dan kukus lagi hingga masak.
4.Setelah sejuk bolehlah dipotong dan hidangkan

Talam Pisang



Bahan Lapisan Bawah
1 cawan pisang [potong dadu atau lecek]
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b  tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Cara
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.

5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan

Puding Cendol

 














Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )

Bagi Lapisan Bawah

  • 300ml santan pekat
  • 180gm gula pasir
  • 500ml air
  • 10gm agar - agar powder
  • 500gm cendol
  • sedikit garam
Bagi Lapisan Atas
  • 500ml air
  • 200gm gula merah
  • 10gm agar-agar serbuk
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit garam
Cara-cara

1.Bagi Lapisan Bawah
2.Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
3.Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
4.Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.
Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
5.Bagi Lapisan Atas
6.Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
7.Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
8.Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
Tips 1: Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.

Tips 2
: Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan

Rabu, 20 Oktober 2010

Kuih Bronok Sagu

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bahan-Bahan:  
2 cawan biji sagu (rendam dulu selama 1 jam untuk kembangkan biji sagu)
1 1/2 cawan gula

3 sudu besar perisa sirap ros/ pewarna merah

2 cawan air
Kelapa parut ambil yang putihnya saja
Secubit garam

 
Cara membuat:

1. Sejat sagu yang direndam tadi. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 cawan air.
2. Masukkan gula dan perisa sirap ros menggunakan api yang perlahan kerana sagu mudah melekat pada periuk jika api besar. Kacau tanpa henti hingga ia menjadi pekat.

3. Kacau sehingga sagu kelihatan berkilat.Jika terlalu keras hingga sukar nak kacau,tambah air sedikit dan kacau lagi. Tutupkan api.

4. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.Potong mengikut citarasa. Gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaul garam.

Selasa, 19 Oktober 2010

Puding Pelangi Blackmore

Bahan-bahan :-

26 gm serbuk agar-agar
1350 ml air
450 gm gula pasir
130 gm mentega
8 bj telur saiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sdb tepung kastad
1 sdt esen vanila
2 sdb serbuk koko
pewarna merah dan kuning secukupnya

::
Cara-cara :-

1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih. Ketepikan.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu cair dan
tepung kastad dan kacau hingga adunan sebati. Kemudian tapiskan ke dalam adunan agar-agar sambil dikacau sehingga rata dan mendidih.
3. Masukkan mentega dan esen vanila, kacau lagi hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuh serbuk koko [dicampurkan dgn sedikit air] ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau. 2 mangkuk lagi masing-masing diletakkan dengan pewarna kuning dan merah.
5. Gunakan loyang berbentuk 4 segi saiz 9X9, bulat ataupun loyang berbentuk jantung [ikut kesesuai ]. Merengkan loyang sedikit dgn menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras, tuangkan satu senduk adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula dgn satu senduk adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan habis.
6. Letakkan loyang kembali ke kedudukan asal kemudian masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan sebelum dipotong.

Ikan Bakar

Bahan-bahan

2 ekor anak ikan pari
daun pisang (secukupnya)
10 helai daun limau purut dihiris halus
200gr cili hidup merah
100gr lada kering
2 labu bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia muda
1 biji limau kasturi
kicap manis secukup rasa
garam
serbuk perasa
minyak untuk menumis secukupnya

Cara-cara

Bersihkan ikan atau makanan laut dan ketepikan. Kisar cili hidup merah dan cili kering yang telah di rendam air panas. Kisar bawang besar, bawang putih, halia muda berasingan.

Panaskan minyak dan tumis cili yang dikisar sahaja dahulu, campurkan dengan sedikit sahaja daun likmau purut yang telah di hiris. Setelah cili garing masukkan bahan bawang dan halia yang telah dikisar juga. Tumislah sehingga terbit minyak. Setelah terbit minyak dan baunya bangkit masukkan garam, serbuk perasa, kicap manis dan lebihan daun limau purut yang dihiris halus.Perahkan jus limau kasturi sebelum tutupkan api.

Ikan atau makanan laut tadi dibakar setengah masak dahulu. Alas kuali dengan daun pisang dan bubuhkan separuh dari sambal tadi dan letak ikan atau makanan laut tadi dan siramkan lebihan sambal lagi. Tanak diatas api dan biarkan ikan atau makanan laut tadi masak.

Enak dimakan bersama nasi yang hangat.

*** Boleh juga digunakan siakap, ikan bawal hitam atau ikan kembung. Jika suka makanan laut seperti udang dan sotong juga boleh digunakan.

Masak Lemak Ikan Parang Masin Dengan Nenas

Bahan2

(sukatan agak2 yer)
nenas - kupas & potong ikut suka
isi ikan talang - potong kiub & rendam sekejap.
cili padi - blend
bwg merah - blend
bwg putih - blend
kunyit hidup - blend
lengkuas - blend
santan secukupnya
garam & perasa

Cara2 

-Jerang santan dlm periuk bersama bahan2 yang diblend.
-Masukkan sekali nenas dan ikan talang.. biarkan mendidih sambil gulai dikacau2 selalu utk mengelakkan dari santan meruap & jd berbintil2.
-Masukkan perasa. Sebaiknya dirasa dahulu kuahnya sebelum di masukkan garam sebab ikan talang akan mengeluarkan rasa masinnya.
-Bila dah agak2 masak bolehlah ditutupkan apinya.

Isnin, 18 Oktober 2010

Mee Bandung Muar

Bahan-bahan

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

Cara-cara

1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.

2. Pijarkan minyak dalam kuali

3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing

4. Masukkan sos tiram, Masukkan udang, daging rebus, masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Cara hidangan

1. Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)

2. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)

3. Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.

4. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan

5. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.

Hidangkan.

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.”

Ahad, 17 Oktober 2010

Kek Lapis Pandan


Bahan-bahan ( Saiz kek (8 x 8 x 3) inci )

BAHAN2 UNTUK KEK:-

* 5 biji telur Gred A
* 160 g gula
* 125 g tepung gandum*
* 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
* 75 g minyak jagung
* 15 g ovallate
* 1 camca teh paste pandan
* 2 camca besar susu segar/cair

BAHAN2 UNTUK KASTARD:-

* 1050 g santan
* 225 g gula
* 10 g serbuk jelly
* 1 camca teh paste pandan
* 100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
* 75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
* Secubit garam

Cara-cara

1. UNTUK KEK:- Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
3. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.
4. NTUK KASTARD:- Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.
5. UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:- Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.
6. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.
7. Bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..
8. Satu petua....gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan...
9. Ini yg betul2 sejuk (baru potong sat tadi....buat sarapan lagi)...

Kek Coklat Moist


Sumber dari blog My resipi..sedap..cantikdan menarik..kawan2 pun puji..try aa..nyum..nyum..
Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )

* 2 cawan tepung gandum
* 2 sudu kecil baking powder
* 2 cawan gula halus
* 4 biji telur gred A
* 250 gm buttercup
* 2 sudu kecil esen vanilla
* 1 cawan serbuk koko
* 1/2 cawan gula halus
* 1 cawan air panas
* 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat mencuba.

Puding Jagung


Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )

* 1 cawan tepung kastard
* 1 cawan pati santan
* 3 cawan air
* 3 - 4 senduk kecil gula (kurang atau tambah mengikut kemanisan masing2)
* 1 tin jagung manis

Cara-cara

1. satukan kesemua bahan. kacau sebati supaya tepung tidak berketul-ketul.
2. masukkan ke dalam periuk, masak di atas api sederhana. kacau sentiasa hingga adunan likat dan berkilat.
3. tuang adunan yang masih panas ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika. simpan di dalam peti sejuk.

Kek Gula Hangus


Resepi nie diperolehi dari blog My Resipi..sedap..sekali wat terus menjadi..try laa..

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 1 cawan gula
* 1 cawan air panas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan susu pekat
* 2 camt soda bikarbonat
* 4 biji telur
* 2 camb mentega

Cara-cara

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

Rabu, 13 Oktober 2010

Puding karamel

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara-cara
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Jom Kite Masak..

kalu cerita pasal masak takkan habis punya..aku nie lak memang suka bab masak memasak..banyak gak resepi yang aku jadikan koleksi peribadi..bukan per..senang bile terdesak, cari jer buku resepi..aku buat blog nie kan per..kalu simpan..buku takut lelama tie ilang @ koyak, ble dah masuk dalam blog insyaallah...x ilang sampai bebila..so..sesape nak kongsi masakan ngan aku..sila laa layari laman nie..tq..