....

nuffnang

nuffnang

Khamis, 31 Januari 2013


NASI KERABU TERENGGANU



UTK NASI 

3 cawan beras 
4 cawan air @ bergantung pada beras yg kita guna
1 batang serai dketuk
10 kuntum bunga talang - ditumbuk dan dperah airnya.
( x letak sbb x de)
sedikit pewarna biru
> Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa
bersama2 serai, air bunga talang dan pewarna biru.

Utk Sambal Kelapa/Ikan
1/2 biji kelapa parut - ditumbuk sedikit
2-3 ikan kembung/selayang - dipanggang
4 ulas bawang merah
1.5cm halia
1 batang serai - hiris
1 sudu kecil lada hitam
garam dan gula secukup rasa
> tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.
kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
> kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai
 ngan api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.

Utk Kuah Sambal

*5 batang cili kering
*5 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*2 inci belacan- bakar dulu
*1.5 inci halia
1 batang serai - titik
gula merah n serbuk perasa jika suka
2 cawan santan
asam keping
garam
> tumbuk bahan yg bertanda *.
> didihkan santan hingga pecah minyak n pekat.
> masukkan bhn tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
> didihkan lagik hingga kuah agak2 pekat n kering.
> suaikan rasa dan angkat.

Utk Solok Lada

10 biji lada hijau - potong jgn putus n buang biji
1/2 biji kelapa parut putih
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
lada itam skit
2-3 ekor ikan kembung - ambil isi sahaja
sedikit garam,gula dan perasa
> Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan
 masukkan garam,gula dan isi ikan.
> tumbuk lagik hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam
periuk kukus.
> kukus hingga masak. * Akak rebus dgn santan.

Utk Daging Panggang - bleh buat juga ikan goreng tepung,
ayam panggang jika suka
daging lembu gred A @ daging btg pinang
garam
lada hitam
> gaulkan daging dengan garam n lada hitam
> panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau
 hingga daging masak. jgn lama sgt nnti tak juicy!

Ulam-ulaman & bhn lain

kacang panjang -
taugeh
timun
daun kesum
kubis
bunga kantan
telur masin
keropok ikan
sambal belacan

~memasak lebih mudah bila seronok membuatnya...~

Ahad, 27 Januari 2013


Puding Jagung



BAHAN-BAHAN :

1 cawan tepung castard
1 setengah cawan santan
2 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin jagung manis
Acuan secukupnya


CARA MEMASAK :

Campurkan tepung kastad, gula, jagung , santan dan air.

Kacau semua bahan sehingga menjadi pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga cukup sebati dan masak .

Masukkan adunan puding ni ke dalam acuan atau loyang dan biarkan sejuk .




Durian Crepe

Bahan - bahan :
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
(boleh juga campurkan sedikit tepung jagung)
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen
Cara - cara :
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.
Resepi Filling Cream Kastard

200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
(boleh tambah 1sb tepung kastard)
Kacau atas double boiler hingga pekat.

Dalam bowl lain
250 gm whipping non dairy (putar kental)

Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

Boleh juga durian di gantikan dengan mangga atau jagung krim dalam tin